Komunikasi Dan Pengangkutan Iran

Peta menunjukkan jalan raya dan jalan kereta api utama di Iran.

Jaringan jalan raya di Iran adalah antara yang terbaik di dunia. Ia menghubungkan bandar-bandar utama dan kawasan-kawasan luar bandar. Pada tahun 2002, Iran mempunyai 178,152 km (111,000 batu) jalan raya dan 66% daripadanya adalah berturap. Manakala, terdapat 30 pengguna kereta bagi setiap 1000 penduduknya. Jalan keretapi di Iran pula adalah sepanjang 6,405 km (3,980 batu). Pelabuhan utama Iran ialah pelabuhan Bandar Abbas yang terletak di Selat Hormuz. Pelabuhan ini dihubungkan dengan sistem jalan raya dan jalan kereta api bagi pengangkutan kargo. Jaringan kereta api Tehran-Bandar Abbas dibina pada tahun 1995 yang menghubungkan Bandar Abbas dengan seluruh Iran dan Asia Tengah melewati Tehran dan Mashad. Pelabuhan-pelabuhan lain pula ialah pelabuhan Bandar Anzali di Laut Kaspia, pelabuhan Bandar Turkmen juga berhadapan dengan Laut Kaspia, dan pelabuhan korramshahr dan pelabuhan Bandar Khomeyni di Teluk Parsi. Bandar-bandar utama di Iran juga dihubungkan dengan Pengangkutan Udara. Iran Air pula adalah syarikat penerbangan kebangsaan Iran yang bertanggungjawab dalam pengangkutan udara di Iran dan luar Iran. Sistem transit pula terdapat di semua bandar-bandar utama manakala Tehran, Mashad, Shiraz, Tabriz, Ahwaz dan Isfahan sedang didalam proses membina jalan kereta api bawah tanah.